Monday, 7 December 2015



KAEDAH PENYELESAIAN MASALAH
Masalah memang sudah cukup sinonim dengan kehidupan manusia. Masalah boleh wujud dalam pelbagai rupa seperti misteri, puzzle dilema dan peluang. Sesuatu masalah jika tidak diselesaikan akan menjadi satu isu yang lebih rumit untuk diselesaikan. 

Kaedah penyelesaian masalah
Kajian menunjukkan terdapat 4 cara yang berkesan untuk menyelesaikan sesuatu masalah :
a)      Motivasi yang kuat
b)      Trait yang positif
c)      Jati diri
d)     Membina kemahiran

Motivasi yang kuat
Mereka yang mempunyai motivasi yang kuat akan mengatasi segala kesukaran dengan menggunakan segala tenaga yang ada pada mereka. Apabila ada masalah yang menghalang, penyelesai masalah dapat merasakan kekuatan dalaman yang mendorongnya untuk mengatasi masalah tersebut

Trait yang positif
Sifat sifat peribadi penyelesai masalah membolehkannya mencapai kejayaan. Ia mempunyai emosi yang stabil untuk menyelesaikan masalah

Jati diri
Penyelesai masalah melihat dirinya sebagai seorang yang berkebolehan tetapi sedar tentang kekurangan dan batasan yang akan dihadapi. Penyelesai maslah juga mempunyai keupayaan psikologi yang tinggi

Membina kemahiran
Terdapat pelbagai teknik untuk menyelesaikan masalah. Sebagai contoh model penyelesaian masalah enam langkah (Chang dan Kelly 1993) dan model penyelesaian masalah lapan langkah (Francis,1990)
Model penyelesaian masalah enam langkah (Chang dan Kelly 1993)

·         Kenal pasti masalah
·         Analisa punca masalah
·         Kenal pasti cara penyelesaian
·         Pilih penyelesaian yang baik
·         Bentuk plan tindakan
·         Pelaksanaan dan penilaian

Model penyelesaian masalah lapan langkah (Francis,1990)

·         Tuning in
·         Objective setting
·         Success measurement
·         Information collection
·         Decision-making
·         Planning
·         Action
·         Review to improve

Kategori masalah
Setiap masalah mempunyai kategorinya masing-masing. Mengikut kategori tersebut, masalah dapat diselesaikan dengan mudahnya. Kategori masalah pula boleh diklasifikasikan kepada 6:
a)      Misteri
b)      Tugasan (assignment)
c)      Kesukaran (difficulties)
d)     Peluang (opportunities)
e)      Tidak pasti (puzzle)
f)       Dilema 

Misteri
Tidak terdapat penjelasan yang nyata tentang terjadinya sesuatu peristiwa atau kejadian

Tugasan
Kerja yang ditugaskan untuk dilakukan oleh seseorang dengan jelas memperincikan kriteria-kriteria yang perlu dimasukkan berserta dengan objektif pencapaian

Kesukaran
Kesukaran berlaku disebabkan oleh kita tidak tahu menguruskan situasi atau kita rasakan sumber-sumber yang ada tidak mencukupi. Kesukaran pula dapat dibahagikan kepada 2 iaitu kesukaran subjektif dan objektif.

Peluang
Apabila melihat peluang, kita hendaklah mengambil peluang tersebut supaya mendatangkan keuntungan.

Tidak pasti
Situasi yang ada jalan penyelesaian tetapi kita tidak menjumpai mana jawapan yang betul

Dilema
Situasi di mana amat sukar untuk mencari penyelesaian dan menentukan cara yang terbaik untuk melakukannya

Model Penyelesaian Masalah secara saintifik dan logik
Langkah pertama : mendefinisikan masalah

  • Adalah amat penting untuk memahami semua faktor yang menyebabkan berlakunya sesuatu masalah. Memahami konteks di mana masalah itu berlaku akan memudahkan kita memahami masalah tersebut.

Langkah kedua : mengelaskan masalah
  • ·         Masalah perlu dikelaskan mengikut tinggi atau rendahnya masalah tersebut
Langkah ketiga : tentukan objektif
  • ·         Objektif yang hendak dicapai biarlah jelas, mudah difahami dan praktikal
Langkah keempat : tentukan ukuran kejayaan
  • ·         Ukuran kejayaan adalah untuk menilai kejayaan di dalam penyelesaian masalah
Langkah kelima : kutipan data
  • ·         Data dan maklumat yang berkaitan dengan masalah hendaklah dikumpulkan.
Langkah keenam : membuat keputusan
  • ·         Setelah semua maklumat dikumpulkan, keputusan yang efektif haruslah diambil.
Langkah ketujuh : melaksanakan keputusan yang di ambil
  • ·      Perkara seperti keyakinana, kesungguhan, kemahiran, ketepatan, penyesuaian, objektiviti dan kebolehan bekerja dalam kumpulan haruslah di titik beratkan.
Penilaian ( review)
  • ·         Gambaran tentang keberkesanan tindakan penyelesaian masalah yang telah diambil.
Penyelesaian masalah secara saintifik
a)      Mengadakan hipotesis
b)      Mengumpul maklumat
c)      Membuat kesimpulan 

Penyelesaian masalah secara kreatif / lateral

·         Topi hijau
Lambang pemikiran kreatif dan subur. Topi ini dipakai pada peringkat permulaan
·         Topi kuning
Lambang pemikiran positif dan konstruktif
·         Topi putih
Lambang pemikiran objektif
·         Topi hitam
Lambang Pemikiran negatif dan kritikal
·         Topi merah
Lambang pemikiran emotif
·         Topi biru
Lambang pemikiran di atas. Topi ini dipakai oleh ketua.

Penyelesaian masalah melalui perasaan
i) kebolehan mengetahui emosi sendiri
ii) kebolehan dalam menguruskan emosi
ii) kebolehan meningkatkan motivasi
iv) kebolehan mengenal emosi orang lain
v) kebolehan menjalin persaudaraan 
 
Penyelesaian secara islam

Pendekatan hukum 
  • merupakan bentuk pendekatan islam yang bersifat rasional dan intelektual. 
Pendekatan sufi
  • merupakan bentuk pendekatan islam yang bersifat moral dan spiritual