KAEDAH PENYELESAIAN MASALAH
Masalah
memang sudah cukup sinonim dengan kehidupan manusia. Masalah boleh wujud dalam
pelbagai rupa seperti misteri, puzzle dilema dan peluang. Sesuatu masalah jika
tidak diselesaikan akan menjadi satu isu yang lebih rumit untuk diselesaikan.
Kaedah penyelesaian masalah
Kajian
menunjukkan terdapat 4 cara yang berkesan untuk menyelesaikan sesuatu masalah :
a) Motivasi
yang kuat
b) Trait
yang positif
c) Jati
diri
d) Membina
kemahiran
Motivasi
yang kuat
Mereka
yang mempunyai motivasi yang kuat akan mengatasi segala kesukaran dengan
menggunakan segala tenaga yang ada pada mereka. Apabila ada masalah yang
menghalang, penyelesai masalah dapat merasakan kekuatan dalaman yang
mendorongnya untuk mengatasi masalah tersebut
Trait
yang positif
Sifat
sifat peribadi penyelesai masalah membolehkannya mencapai kejayaan. Ia
mempunyai emosi yang stabil untuk menyelesaikan masalah
Jati
diri
Penyelesai
masalah melihat dirinya sebagai seorang yang berkebolehan tetapi sedar tentang
kekurangan dan batasan yang akan dihadapi. Penyelesai maslah juga mempunyai
keupayaan psikologi yang tinggi
Membina
kemahiran
Terdapat
pelbagai teknik untuk menyelesaikan masalah. Sebagai contoh model penyelesaian
masalah enam langkah (Chang dan Kelly 1993) dan model penyelesaian masalah
lapan langkah (Francis,1990)
Model
penyelesaian masalah enam langkah (Chang dan Kelly 1993)
·
Kenal pasti masalah
·
Analisa punca masalah
·
Kenal pasti cara penyelesaian
·
Pilih penyelesaian yang baik
·
Bentuk plan tindakan
·
Pelaksanaan dan penilaian
Model
penyelesaian masalah lapan langkah (Francis,1990)
·
Tuning in
·
Objective setting
·
Success measurement
·
Information collection
·
Decision-making
·
Planning
·
Action
·
Review to improve
Kategori masalah
Setiap
masalah mempunyai kategorinya masing-masing. Mengikut kategori tersebut,
masalah dapat diselesaikan dengan mudahnya. Kategori masalah pula boleh
diklasifikasikan kepada 6:
a) Misteri
b) Tugasan
(assignment)
c) Kesukaran
(difficulties)
d) Peluang
(opportunities)
e) Tidak
pasti (puzzle)
f) Dilema
Misteri
Tidak
terdapat penjelasan yang nyata tentang terjadinya sesuatu peristiwa atau
kejadian
Tugasan
Kerja
yang ditugaskan untuk dilakukan oleh seseorang dengan jelas memperincikan
kriteria-kriteria yang perlu dimasukkan berserta dengan objektif pencapaian
Kesukaran
Kesukaran
berlaku disebabkan oleh kita tidak tahu menguruskan situasi atau kita rasakan
sumber-sumber yang ada tidak mencukupi. Kesukaran pula dapat dibahagikan kepada
2 iaitu kesukaran subjektif dan objektif.
Peluang
Apabila
melihat peluang, kita hendaklah mengambil peluang tersebut supaya mendatangkan
keuntungan.
Tidak
pasti
Situasi
yang ada jalan penyelesaian tetapi kita tidak menjumpai mana jawapan yang betul
Dilema
Situasi
di mana amat sukar untuk mencari penyelesaian dan menentukan cara yang terbaik
untuk melakukannya
Model Penyelesaian Masalah secara
saintifik dan logik
Langkah
pertama : mendefinisikan masalah
- Adalah amat penting untuk memahami semua faktor yang menyebabkan berlakunya sesuatu masalah. Memahami konteks di mana masalah itu berlaku akan memudahkan kita memahami masalah tersebut.
Langkah
kedua : mengelaskan masalah
- · Masalah perlu dikelaskan mengikut tinggi atau rendahnya masalah tersebut
Langkah
ketiga : tentukan objektif
- · Objektif yang hendak dicapai biarlah jelas, mudah difahami dan praktikal
Langkah
keempat : tentukan ukuran kejayaan
- · Ukuran kejayaan adalah untuk menilai kejayaan di dalam penyelesaian masalah
Langkah
kelima : kutipan data
- · Data dan maklumat yang berkaitan dengan masalah hendaklah dikumpulkan.
Langkah
keenam : membuat keputusan
- · Setelah semua maklumat dikumpulkan, keputusan yang efektif haruslah diambil.
Langkah
ketujuh : melaksanakan keputusan yang di ambil
- · Perkara seperti keyakinana, kesungguhan, kemahiran, ketepatan, penyesuaian, objektiviti dan kebolehan bekerja dalam kumpulan haruslah di titik beratkan.
Penilaian
( review)
- · Gambaran tentang keberkesanan tindakan penyelesaian masalah yang telah diambil.
Penyelesaian masalah secara
saintifik
a) Mengadakan
hipotesis
b) Mengumpul
maklumat
c) Membuat
kesimpulan
Penyelesaian masalah secara kreatif
/ lateral
·
Topi hijau
Lambang
pemikiran kreatif dan subur. Topi ini dipakai pada peringkat permulaan
·
Topi kuning
Lambang
pemikiran positif dan konstruktif
·
Topi putih
Lambang
pemikiran objektif
·
Topi hitam
Lambang
Pemikiran negatif dan kritikal
·
Topi merah
Lambang
pemikiran emotif
·
Topi biru
Lambang
pemikiran di atas. Topi ini dipakai oleh ketua.
Penyelesaian masalah melalui
perasaan
i) kebolehan mengetahui emosi sendiri
ii) kebolehan dalam menguruskan emosi
ii) kebolehan meningkatkan motivasi
iv) kebolehan mengenal emosi orang lain
v) kebolehan menjalin persaudaraan
Penyelesaian secara islam
Pendekatan
hukum
- merupakan bentuk pendekatan islam yang bersifat rasional dan intelektual.
Pendekatan
sufi
- merupakan bentuk pendekatan islam yang bersifat moral dan spiritual